Wednesday, 18 April 2018

TERIMA DAN BERSYUKUR...

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya iaitu... "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Dan manusia mampu berubah menjadi warna dirinya yang sebenar sekelip mata selepas kahwin.

     Kasihan... Parasnya cantik.  Dijaga dengan baik oleh ibu dan bapanya.Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. SALAH MEMILIH SUAMI! Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke NERAKA atau SYURGA..."

     Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Selidik latar belakang, biar tak kaya janji akhlaknya baik. Biar tak kacak, janji pandai jaga maruah diri seorang bakal khalifah.

     Nampak remeh hal ni.... tapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana ALLAH SWT. Ranaju rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada ALLah yang maha hebat.

     Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat 5 waktu atau solat pun diakhir waktu, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia, untuk memimpin tangan anak isterinya ke syurga??? Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu.. cantiklah kamu. Elok suamimu... eloklah kamu. Beriman suamimu... maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu... maka kamu juga ahli syurga. Begitu juga sebaliknya..

    Jika suami merasa isterinya biadap, sangat leceh, menyusahkan keras kepala atau sebagainya... Maka itulah diri kamusendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkandia menjadi seperti itu. Cermin diri dan akhlak sebagai seorang khalifah dan pemimpin keluarga. Amat jarang saya membaca kisah isteri yang derhaka terhadap suami yang melayan isterinya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang. Jadi, lihat cermin dan tanya diri, ADAKAH KAMU LAYAK DIHORMATI SEBAGAI SUAMI ATAU BAPA??

"LELAKI YANG HEBAT BUKAN YANG DAPAT MENGAHWINI PEREMPUAN BIASA DAN BERJAYA BIMBINGNYA MENJADI PEREMPUAN SOLEHAH..."

Tuesday, 17 April 2018

SABAR ITU SUSAH TAPI INDAH

Jadikanlah sabar itu seperti......
sabarnya ulat menanti menjadi kepompong.....
dan keompong juga harus bersabar untuk menjadi rama-rama yang indah.....

Jadikanlah sabar itu seperti...
sabarnya kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas.......
demi menanti mekarnya kuncup bunga sebagai penghiburnya......

Jadikanlah sabar itu seperti......
sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit.....
hanya untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya.....

SABAR.....
bukan bererti LEMAH....
bukan pula bererti KALAH....

sabar itu adalah satu benteng keselamatan dari PUTUS ASA....
BERTAWAKKAL atas segala ujian.....

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." surah Al-Baqarah ayat 153...

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Jika Allah telah menuliskan berjodoh dengannya..
Kita tetap akan bersama dengannya
Kerana tulang rusuk tak akan pernah tertukar
Seseorang yang hadir dalam hidupmu bukan sebuah alasan
Dia datang menawarkan kebahagiaan dan kekecewaan
Bahkan ada yang sesaat
Ia datang silih berganti meninggalkan luka
Namun percayalah 
Akan ada seseorang yang datang dan menetap disepanjang hidupmu
Allah sengaja membiarkan mu bertemu orang yang salah
Sebelum akhirnya Allah mempertemukan dengan yang tepat






Monday, 16 April 2018

RASAKANLAH.....

Betapa kecil,rendah dan tak berertinya dirimu dalam Ruku' dan Sujudmu kepada ALLAH......

"HENDAKLAH KAMU MEMPERBANYAKKAN SUJUD KEPADA ALLAH, KERANA SETIAP KALI KAMU BERSUJUD KEPADANYA, ALLAH AKAN ANGKAT DARJATMU KEPADANYA DAN DIHAPUSKAN KESALAHANMU"    (H.R. MUSLIM)

Perbanyakkan ISTIGHFAR.......

Allah 'usik' hati kita dengan kesedihan, sebenarnya Allah rindu dengan rintihan kita. Allah 'usik' hati kita dengan kegundahan, sebenarnya Allah mahukan kita banyak mengingatinya agar hati kita akan mendapat ketenangan. Allah 'usik' hati kita dengan ujian sebenarnya Allah rindu kita menyebut namanya.....


Pada usia begini..... bukan cinta yang dicari.. tapi kasih sayang dan perhatian.

Jangan sia-siakan masa yang ada, kita tak dapat menebus masa yang lalu... gembirakan hatimu selalu. Allah sentiasa ada untuk menemani mu di kala kita bersedih dan gembira. Hanya dengan sentiasa mengingatinya dan menyebut namanya... ALLAH akan ada dengan kita.

Hari ini kita dia atas tanah...
Mungkin esok sebaliknya....

- Mati itu benar
- Seksa kubur itu benar
- Munkar dan nankir itu benar
- Alam barzakh itu benar
- Makhsyar itu benar
- Syurga itu benar
- Neraka itu benar
- Siratul mustaqim itu benar

Y Allah.... saat roh terpisah daripada jasadku... kau tutupkanlah aib ku... permudahkanlah azab kuburku dan tempatkanlah aku dalam syurgamu.....
AMIN YA RABBALA'LLAMIN......

HIKMAH DISEBALIK UJIAN......

Assalamualaikum.....

Setelah lama menyepi.. kini saya kembali. Mungkin Allah membuka hati ini untuk menaburkan kata2 hikmah di sebalik kejadian yang menimpa... Sesungguhnya percaturan Allah itu membawa keinsafan terhadap diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untukku menjadi kesayanganmu... aminn.

"SETIAP PERCATURAN ALLAH TIDAK PERNAH SALAH,
WALAUPUN MEMAKSA KITA UNTUK SABAR DAN REDHA...
HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ITU TERKADANG TIDAK TERLIHAT PADA MASA SEKARANG,
TAPI AKAN MEMBUAT KITA BENAR-BENAR BERSYUKUR PADA MASA AKAN DATANG.......... INSYAALLAH."                                                                     
                                         
                                                                                    -USTAZ KAZIM ELIAS-