Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya iaitu... "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Dan manusia mampu berubah menjadi warna dirinya yang sebenar sekelip mata selepas kahwin.
Kasihan... Parasnya cantik. Dijaga dengan baik oleh ibu dan bapanya.Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. SALAH MEMILIH SUAMI! Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke NERAKA atau SYURGA..."
Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Selidik latar belakang, biar tak kaya janji akhlaknya baik. Biar tak kacak, janji pandai jaga maruah diri seorang bakal khalifah.
Nampak remeh hal ni.... tapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana ALLAH SWT. Ranaju rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada ALLah yang maha hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat 5 waktu atau solat pun diakhir waktu, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia, untuk memimpin tangan anak isterinya ke syurga??? Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu.. cantiklah kamu. Elok suamimu... eloklah kamu. Beriman suamimu... maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu... maka kamu juga ahli syurga. Begitu juga sebaliknya..
Jika suami merasa isterinya biadap, sangat leceh, menyusahkan keras kepala atau sebagainya... Maka itulah diri kamusendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkandia menjadi seperti itu. Cermin diri dan akhlak sebagai seorang khalifah dan pemimpin keluarga. Amat jarang saya membaca kisah isteri yang derhaka terhadap suami yang melayan isterinya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang. Jadi, lihat cermin dan tanya diri, ADAKAH KAMU LAYAK DIHORMATI SEBAGAI SUAMI ATAU BAPA??
"LELAKI YANG HEBAT BUKAN YANG DAPAT MENGAHWINI PEREMPUAN BIASA DAN BERJAYA BIMBINGNYA MENJADI PEREMPUAN SOLEHAH..."
No comments:
Post a Comment